Monday, October 1, 2012

Bacaan Yassin dan Solat Hajat Peperiksaan Awam 2012


Program ini telah diadakan pada 30 September 2012 mulai jam 3.30 petang bertempat di surau Tn Guru Hj Omar SMA Maahad AlMizan.  Bilangan kehadiran sekitar 800 orang yang terdiri dari ibubapa dan para pelajar tingkatan 2, 3, 4, 5 dan STAM.

Memanglah kejayaan anak-anak akan menggembirakan ibubapa serta para guru di sekolah. Justeru itu usaha yang berterusan dan doa ke hadrat Allah adalah sangat perlu agar para pelajar diberi kesihatan mental, tubuh badan serta dapat mengingat dan menjawab soalan-soalan peperiksaan pada hari-hari peperiksaan yang bakal tiba.

Kebanyakan  peperiksaan awam ini akan berlangsung pada bulan Oktober ini.  Bermula dengan PMR pada 9 Oktober, STAM pada 16 Oktober, serta I'dadi dan Thanawi pada 29 Oktober. Cuma peperiksaan SPM sahaja yang akan bermula pada 5 November.

Semoga khusuk dan tawadhuknya para ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang membaca Yassin, solat hajat dan berdoa pada petang itu serta dengan izin dari Allah jua, pencapaian para pelajar SMA AlMIzan akan lebih cemerlang pada tahun ini, insyaAllah. Amin!!!










No comments:

Post a Comment