Monday, October 29, 2012
Mina sekarang ini
Berikut dikongsikan pemandangan di Mina pada masa sekarang. Mina yang hanya 5km dari bandaraya Makkah merupakan tempat di mana jutaan umat Islam melakukan syarat wajib haji iaitu melontar di ketiga-tiga jamrah.
Demi Haji ...
MEKAH – Seorang warga Bosnia
Herzegovina dengan niat suci melakukan perjalanan ibadah haji dengan berjalan
kaki dari bandar Sarajevo menuju ke kota suci Mekah melintasi tujuh negara,
termasuk Syria yang dilanda perang.
“Saya tiba di Mekah pada hari Sabtu
minggu lalu. Saya tidak penat, inilah hari-hari terbaik dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic, 47 tahun ketika dihubungi AFP melalui talian Saudi, seperti
ditulis Al Ahram Online pada hari Khamis (25/10/2012).
Hadzic telah berjalan sejauh 5,700 kilometer
dalam 314 hari sejak berangkat dari Bosnia, melintasi Serbia, Bulgaria, Turki,
Syria dan Jordan hingga tiba Mekah dengan menggalas beg seberat 20 kilogram.
Dia juga rajin memaklumkan
perjalanan terkininya di laman jejaring sosial Facebook serta menunjukkan foto
dan cap pasportnya yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri Syria.
“Saya melalui Syria pada bulan April
dan berjalan selama 11 hari sejauh 500 kilometer. Saya melalui kota Aleppo dan
Damsyik, melalui puluhan pos keselamatan pasukan pemerintah mahupun pemberontak
Syria. Namun saya tidak pernah ditahan,”
kata Hadzic.
“Di pos keselamatan pasukan
al-Assad, tentera memerintahkan saya mengeluarkan seluruh isi beg. Ketika saya
tunjukkan kepada mereka kitab Al Qur’an dan menjelaskan sedang melakukan ibadah
haji dengan berjalan kaki, mereka melepaskan saya,” ujarnya lagi.
“Saya berjalan dengan petunjuk dari
Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Hersegovina, untuk orang tua saya dan kakak
saya,” tambahnya.
Di laman Facebook-nya, Hadzic mengatakan
telah mendapat petunjuk berjalan dari Tuhan melalui mimpi, termasuk berjalan
melalui Syria dan bukannya Iraq.
Dia mampu mengharungi suhu yang di
antara -35 darjah Celcius di Bulgaria dan 44 darjah Celcius di Jordan.
Dia juga sempat menunggu keizinan
untuk menyerangi jambatan Selat Bosphorus beberapa minggu, dan selama dua bulan
di sempadan antara Jordan dan Arab Saudi untuk mendapatkan visa haji.
Sunday, October 28, 2012
Tak tahu lagi jalan-jalan di Malaysia
Pada pagi Sabtu selepas solat Subuh saya bermotosikal dan membawa "touch-light" menuju ke Pusat Pengajian Pondok Ar Ridzuan (PPAR). Setelah disuluh, seekor dari sepuluh lembu qurban yang ditambat di pokok kelapa sawit telah lepas. Saya dapati tali pengikat lehernya telah terlucut. Namun, lembu tersebut masih berada di kawasan itu. Saya kemudian meminta beberapa orang penghuni PPAR memastikan pintu pagar kawasan PPAR sentiasa ditutup agar lembu tidak lari keluar.
Pada jam 7. 30 pagi saya menelefon seorang rakan yang ada memelihara lembu meminta tolong membawakan tali dan mengikat semula lembu yang terlepas itu. Saya tahu dan percaya beliau memang "pakar" hal ehwal menangkap lembu. Dipendekkan cerita lembu tersebut berjaya diikat semula oleh rakan saya ini seorang dirinya sahaja.
Pagi itu bila berita lembu terlepas itu tersebar, saya mendengar perbualan orang-orang kampung yang datang ke PPAR untuk menolong penyembelihan ibadat qurban. Ada yang memuji tindakan cekap rakan saya yang berjaya mengikat semula lembu itu. Namun ada juga yang mengatakan lembu-lembu yang kami beli itu adalah lembu impot yang datangnya dari Thailand. Sebab itu lembu tersebut tidak lari jauh bila terlepas, dia masih tak tahu, jalan-jalan di Malaysia....!!!
Walau apa pun, semua urusan penyembelihan dan mensedeqahkan daging-daging qurban telah selamat dijalankan. Majlis gotong royong pada hari Sabtu lepas telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari berlaukkan 2 ekor lembu yang diaqiqahkan pada hari Jumaat sebelah petang.
Didoakan semoga ibadat qurban para peserta pada hari itu diterima Allah Azza wa Jalla. Demikian juga kerja-kerja penyembelihan, melapah daging dan mensedeqahkan kepada orang ramai yang dilakukan oleh petugas-petugas diterima Allah sebagai amalan soleh dan mendapat ganjaran pahala dari Nya. (Amin!)
Sunat tidak potong kuku....
Saoan:
Apakah benar sesaorang yang ingin mengerjakan ibadat qurban tidak boleh memotong kuku atau bergunting rambut?
Jawapan:
Adalah disunatkan tidak memotong kuku atau membuang rambut mulai 1 Zulhijjah sehingga selesai mengerjakan ibadat qurban. Ini khusus kepada orang yang hendak mengerjakan ibadat qurban sahaja. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud, " Apabila masuk 10 haribulan Zulhijjah, sedangkan salah seorang dari kamu mahu berqurban, maka janganlah membuang sesuatu anggota rambut atau kulitnya (yakni kukunya). Hadith riwayat Muslim.
Walllahu aklam....
Berikut beberapa keping gambar semasa menghadiri ibadat qurban di Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang pada hari Jumaat 10 Zulhijjah yang lepas.
Apakah benar sesaorang yang ingin mengerjakan ibadat qurban tidak boleh memotong kuku atau bergunting rambut?
Jawapan:
Adalah disunatkan tidak memotong kuku atau membuang rambut mulai 1 Zulhijjah sehingga selesai mengerjakan ibadat qurban. Ini khusus kepada orang yang hendak mengerjakan ibadat qurban sahaja. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud, " Apabila masuk 10 haribulan Zulhijjah, sedangkan salah seorang dari kamu mahu berqurban, maka janganlah membuang sesuatu anggota rambut atau kulitnya (yakni kukunya). Hadith riwayat Muslim.
Walllahu aklam....
Berikut beberapa keping gambar semasa menghadiri ibadat qurban di Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang pada hari Jumaat 10 Zulhijjah yang lepas.
Saturday, October 27, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Monday, October 1, 2012
Bacaan Yassin dan Solat Hajat Peperiksaan Awam 2012
Program ini telah diadakan pada 30 September 2012 mulai jam 3.30 petang bertempat di surau Tn Guru Hj Omar SMA Maahad AlMizan. Bilangan kehadiran sekitar 800 orang yang terdiri dari ibubapa dan para pelajar tingkatan 2, 3, 4, 5 dan STAM.
Memanglah kejayaan anak-anak akan menggembirakan ibubapa serta para guru di sekolah. Justeru itu usaha yang berterusan dan doa ke hadrat Allah adalah sangat perlu agar para pelajar diberi kesihatan mental, tubuh badan serta dapat mengingat dan menjawab soalan-soalan peperiksaan pada hari-hari peperiksaan yang bakal tiba.
Kebanyakan peperiksaan awam ini akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Bermula dengan PMR pada 9 Oktober, STAM pada 16 Oktober, serta I'dadi dan Thanawi pada 29 Oktober. Cuma peperiksaan SPM sahaja yang akan bermula pada 5 November.
Semoga khusuk dan tawadhuknya para ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang membaca Yassin, solat hajat dan berdoa pada petang itu serta dengan izin dari Allah jua, pencapaian para pelajar SMA AlMIzan akan lebih cemerlang pada tahun ini, insyaAllah. Amin!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)