Monday, November 14, 2011

Sampailah masanya yang ditunggu-tunggu...

.

Tarikh 14 November 2011 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar tingkatan 5 tahun ini. Ini kerana pada tarikh ini mereka akan menduduki kertas pertama peperiksaan bertulis SPM.









Setelah pelbagai program dirancang, dilaksana dan dinilai pelaksanaannya terhadap calon-calon SPM ini, maka kini sampailah mereka ke medan perjuangan yang sebenar, apabila peperiksaan yang besar itu akan dilalui dengan penuh tabah dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Semoga kesemua 92 orang pelajar sekolah saya yang menduduki peperiksaan SPM ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang, insya-Allah.







Ingatlah, kalian mesti buat yang terbaik. Ciptalah sejarah untuk diri sendiri, menjadi anak yang gemilang dalam keluarga serta menjadi pelajar alMizan yang gemilang dalam peperiksaan. Kalian ambil SPM sekali sahaja seumur hidup, jadi buat yang terbaik!!!











.





1 comment:

  1. ni posting ada tajuk je...apa hal???? ni mesti nak cerita pasal duit 100 tu....ha tau dah...duit budak stam bila plak....

    ReplyDelete