Sunday, September 4, 2011

Program Ihya Ramadhan Di Sekolah Saya

.
Pada hari Khamis 25 Ramadhan iaitu selama satu hari suntuk telah dijalankan program Ihya Ramadhan di sekolah saya. Terdapat dua aktiviti yang dilaksanakan. Pertama Majlis Khatam Al Quran iaitu pada sebelah pagi dan kedua Majlis berbuka Puasa, solat tarawih dan tazkirah pada sebelah malam.

Bagi Majlis khatam AlQuran, majlis dimulai dengan perhimpunan di depan astaka, berarak masuk ke dewan, majlis ucapan dan perasmian oleh pegawai JPN Perak, khatam al Quran beramai-ramai dan ceramah agama oleh pegawai JAIP. Majlis ini dihadiri oleh semua pelajar dan semua guru dan turut dihadiri oleh pegawai dari SPI JPN dan pegawai PPD Kuala Kangsar.

Di majlis ini juga dijalankan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti yang telah dijalankan selama sebulan Ramadhan ini seperti kuiz, hafazan, dan pertandingan busana. Begitu juga telah disampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin. Sebelum bersurai, guru-guru dan para pelajar telah bersalaman sambil guru-guru menyampaikan sumbangan duit raya dan bunga telor kepada kesemua 582 pelajar sekolah ini.

Manakala bagi majlis berbuka puasa, ianya dihadiri oleh tuan pengetua, semua guru, para pelajar dan turut dihadiri oleh 5 orang pegawai PPD Kuala Kangsar. Selepas berbuka dan solat maghrib barulah majlis makan malam diadakan di dewan sekolah. Solat tarawih diimamkan oleh ‘silebriti’ Imam Muda Hasan atau nama penuhnya En. Mohd Hassan Adli bin Yahaya. Beliau merupakan juara pertandingan Imam Muda musim kedua anjuran Astro. Beliau juga turut memberi tazkirah kepada semua hadirin selepas solat tarawih.

Sesungguhnya program yang dijalankan pada hari itu sangat menarik dan memberi banyak menafaat kepada warga sekolah ini. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam, guru-guru dan pimpinan pelajar dalam menjayakan program tersebut.



Puteri-puteri Al Mizan
Putera-putera Al Mizan
Perarakan masuk ke dewan...



Pegawai dari Sektor Pendidikan Islam JPN menyampaikan ucapan perasmian.

Sebahagian guru-guru Maahad Al-Mizan

Majlis Khatam Al Quran

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Ihya Ramadhan

Ceramah Agama bertajuk Eidulfitri disampaian oleh pegawai dari JAIPk



Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Mizan Brothers


Saya juga diberi peluang menyampaikan hadiah.




Putera-putera Al Mizan bersalaman dengan guru-guru dan mendapatkan duit raya...


Tazkirah selepas solat tarawih disampaikan oleh Imam Muda Mohd. Hassan Adli b. Yahaya


Saya berbual dengan Imam Muda Hassan


Sebahagian guru dan pegawai PPD Kuala Kangsar bergambar kenangan dengan Imam Muda Hassan.

No comments:

Post a Comment