Pada hari Sabtu dan Ahad semalam, SMA Maahad Al-Mizan menjadi tuan rumah Pertandingan Bola Tampar (L) Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Negeri Perak (KESUMA). Sebanyak 13 buah pasukan mengambil bahagian. SMA Maahad Al Mizan muncul juara setelah memenangi kesemua perlawanan yang dilaluinya.
Di pusingan awal Al Mizan, telah mengalahkan pasukan SMA Al-Islah dan pasukan SM Raja Nazrin Shah (Sarjana), manakala di peringkat suku akhir, Al Mizan mengalahkan pasukan SMA Al Abasiah. Di peringkat separuh akhir pula Al Mizan telah mengalahkan pasukan SM Izuddin Shah Ipoh. Kesemua empat pertandingan di atas dimenangi dengan kiraan "straight set".
Di dalam perlawanan akhir yang penuh debaran, AlMizan telah mengalahkan pasukan SMA Tarbiah Islamiah Changkat Jering dengan kiraan 25-17, 16-25 dan 15-13.
Tahniah diucapkan kepada para pemain dan guru-guru pembimbing yang telah berjaya mencipta kejayaan ini. Kejayaan anda kebanggaan warga sekolah keseluruhannya. Dan pemain-pemain yang akan terpilih mewakili negeri Perak ke kejohanan KESUMA peringkat kebangsaan nanti akan mengharumkan lagi nama sekolah ini....
.