Program Jalinan Kasih Tautan Ukhwah Dan Jamuan Hari Raya
Pada 8 September 2012, telah diadakan program Jalinan Kasih
Tautan Ukhwah dan sambutan Hari Raya peringkat sekolah ini.Program ini bertujuan menyemarakkan
unsur-unsur kerjasama dan muafakat di kalangan warga sekolah (guru, staf
sokongan dan para pelajar) di samping mengadakan jamuan hari raya aidilfitri
secara bergotong royong.
Banyak unsur –unsur muafakat dan persaudaraan sesama warga
almizan telah dapat digarap sepanjang program sehari tersebut.
Antaranya gotong royong menyediakan nasi impit, rendang
ayam, rendang daging, kuah laksa danperencah laksa yang dilaksanakan oleh kumpulan guru dan pelajar.Setengah kerja tersebut telah dimulai sejak
malam hari lagi.Manakala proses
mengagih dan menghidangkan makanan lain seperti memotong lemang,mengagih satay, nasi impit, kuah kacang serta
minuman juga dijalankan dengan secara bekerjasama dengan amat baik sekali.
Semasa proses penyediaan dijalankan, berbagai acara lain
turut dijalankan seperti menyiarkan lagu-lagu berunsur dakwah dan lagu-lagu hari
raya sertaacara cabutan bertuah juga
diadakan.
Daripada
gambar-gambar perjalanan majlis tersebut, tidak dapat disangkal lagi, program
ini telah berjaya mencapai objektifnya…. Tahniah dan terima kasih kepada semua
warga SMA Maahad Al Mizan….
Kerja berat jadi ringan dengan bekerja bersama-sama...
Tak empok lagi ustaz... kacau lagi...
Apasal nak nangis ni... tak biasa buat kerja potong bawang kot!
Basuh sehingga suci...
Alamak...panas betul..tak boleh dekat!
Dah siap di masukkan dalam bekas... kejap lagi akan diedarkan
Sabar, sabar ... tunggu arahan cikgu dulu
Ha sekarang dah boleh...
Hmm sedapnya....Ambil dua boleh tak!
Mari... mari..
Dah ambil, mari cari tempat makan yang sesuai..
Kami nak yang keruh, bukan yang jernih... mengambil kuah laksa..
No comments:
Post a Comment