Sunday, September 23, 2012

Berapa duit le dapatnya...



Hari Sabtu kelmarin semasa saya ke surau untuk solat asar, tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan 8 biji kepala paip termasuk 6 daripadanya kepala paip bagi pili wudhuk. Dua lagi kepala paip dalam tandas lelaki. Saya dan seorang rakan yang ada di surau itu mendapati paip itu disumbat dengan kain agar tak kelihatan air keluar. Kata kawan saya, sewaktu dia solat zohor di surau itu tadi, kepala paip itu masih ada dan berkeadaan baik. Ini bermakna kehilangannya antara jam 2.00 - 4.00 petang. Bila kami lihat kehilangan itu, terfikir berapa duit le dapatnya... berbanding dengan dosa yang didapat oleh si pencuri itu. Kalau mengikut hukum Islam, silap-silap kena potong tangan. Kalau terlepas pun, nanti di akhirat, ketika dibicarakan di depan pengadilan Allah, kena ganti balik.  Di mana dia nak cari kepala paip untuk hantar balik ke surau itu ketika itu... kesihan betul!

Selepas solat asar saya terus ke pekan Manong untuk membeli kepala paip yang baru bagi menggantikan kepala paip yang kena curi itu. Saya bercadang untuk membeli kepala paip plastik sahaja dan tak mahu lagi kepala paip tembaga. Nanti kena curi lagi. Sesampai di kedai hardware itu, saya bertemu dengan En Khairi bendahari masjid Jeliang. Dia juga sedang membeli kepala paip. Katanya di masjid Jeliang juga sebanyak 4 kepala paip tempat wuduk wanita telah dicuri sebentar tadi. Ini bermakna, semacam ada "op curi kepala paip" telah dilakukan oleh si pencuri tersebut.

Sekali fikir, malu sungguh rasanya anak bangsa saya masih berperangai macam itu... Orang lain dah maju entah ke mana... dia masih lagi buat kerja  mencuri... mencuri pulak hak orang ramai, hak masjid (rumah Allah). Kalau betul hebat 'pergilah curi barang yang mahal-mahal'  dari kepala paip... berapa duit le dapatnya.. Kalau kena tangkap, diri malu, emak bapak malu, keluarga malu... Si pencuri ini bersekolah ke tidak dulu? Kalau bersekolah, ada ke cikgu mengajar curi kepala paip ???

Deretan kepala paip tembaga dicuri...
semua ini tempat ambil wuduk untuk para jemaah
air masih lagi meleleh keluar angkara si pencuri kepada paip...


No comments:

Post a Comment