Sunday, September 4, 2011

1 Syawal Datang Lagi

.
1 Syawal menjelang lagi. Ramadhan yang merupakan bulan penuh rahmat, bulan keampunan dan bulan dijauhkan dari api neraka meninggalkan kita. Para sahabat di zaman RasululLah, serta tabi’in dan alim-alim ulamak apabila menjelang syawal mereka akan risau atau khuatir akan dua perkara. Pertama, mereka risau apakah puasa Ramadhan yang baru dilalui itu diterima oleh Allah SWT atau tidak. Keduanya, mereka risau apakah mereka akan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang akan datang.

Kita juga seharusnya berfikiran seperti demikian. Apakah ‘KPI’ puasa yang kita lalui selama sebulan itu telah tercapai. Atau adakah ‘outcome’ dari ibadat yang kita lalui itu telah berjaya. ‘KPI’ dan ‘outcome’ dari puasa adalah bermaksud sebagaimana tujuan Allah memerintah kita berpuasa iaitu menjadi orang-orang yang bertaqwa. Jikalau 1 Syawal merupakan hari konvokesyen sesabuah university, apakah nama kita tersenarai sebagai seorang yang graduasi dan menerima ijazah dari ‘university’ Ramadhan?

Inilah persoalan yang seharusnya menjadi ‘refleksi’ kepada kita menjelang 1 syawal ini. Semoga Allah menerima ibadat puasa kita dan memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang, Amin!

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada semua kawan-kawan yang membaca blog saya ini. Saya memohon sebeliun kemaafan terhadap kesalahan kata-kata dan tingkahlaku samada yang saya sedari atau tidak sedari.

Berikut saya kongsikan gambar kenangan sebahagian para tetamu yang hadir di rumah saya pada hari raya pertama….

















No comments:

Post a Comment