Friday, September 28, 2012
Pecutan Akhir .... memang perlu kerja kuat
Selepas sahaja keputusan peperiksaan percubaan PMR diumumkan, pelajar-pelajar tingkatan 3 mengikuti program pecutan akhir yang disusun oleh pihak sekolah. Di dalam program ini, pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan pencapaian mereka di dalam peperiksaan percubaan. Jadual waktu disusun baru agar setiap kumpulan murid dapat dibimbing dan diberi latihan berterusan. Jadual waktu kolaboratif yang meletakkan dua orang guru di dalam satu sesi kelas dilaksanakan agar sewaktu seorang guru menerangkan jawapan di depan, seorang guru lagi boleh memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang masih tidak memahami sesuatu pelajaran di belakang.
Selang beberapa hari pula saya akan mengumpulkan para pelajar selepas perhimpunan pagi dengan tujuan mengingatkan mereka supaya perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Antara 'modal' saya ialah 'kamu nak ambil PMR ni sekali sahaja seumur hidup, jadi mesti buat yang terbaik, tidak ada orang yang amabil PMR dua kali. ! Kedua: Cuba bayangkan betapa kecewanya ibubapa kamu jika keputusan PMR kamu nanti "biasa-biasa" sahaja. Akan terasa penat lelah ibubapa menghantar dan mengambil kamu ke asrama setiap dua minggu sekali.... kalau keputusan tak cemerlang, lebih baik sekolah dekat rumah sahaja! Bila saya bercakap perkara di atas, saya lihat muka pelajar-pelajar tu 'gayat' saja.
Saya memberi contoh ada antara pelajar yang dapat 9A dalam PMR tahun lepas, pencapaiannya dalam peperiksaan percubaan taklah berapa baik. Ada seorang tu cuma memperolehi 1A sahaja, tetapi bila peperiksaan sebenar, beliau memperolehi 9A.... Jadi semua kamu berpeluang memperolehi banyak A seeperti mana pelajar-pelajar tahun lepas...
Mereka dah berjanji akan merealisasikan target sekolah di dalam peperiksaan PMR nanti.... Janji mesti ditepati !!!
Sunday, September 23, 2012
Berapa duit le dapatnya...
Hari Sabtu kelmarin semasa saya ke surau untuk solat asar, tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan 8 biji kepala paip termasuk 6 daripadanya kepala paip bagi pili wudhuk. Dua lagi kepala paip dalam tandas lelaki. Saya dan seorang rakan yang ada di surau itu mendapati paip itu disumbat dengan kain agar tak kelihatan air keluar. Kata kawan saya, sewaktu dia solat zohor di surau itu tadi, kepala paip itu masih ada dan berkeadaan baik. Ini bermakna kehilangannya antara jam 2.00 - 4.00 petang. Bila kami lihat kehilangan itu, terfikir berapa duit le dapatnya... berbanding dengan dosa yang didapat oleh si pencuri itu. Kalau mengikut hukum Islam, silap-silap kena potong tangan. Kalau terlepas pun, nanti di akhirat, ketika dibicarakan di depan pengadilan Allah, kena ganti balik. Di mana dia nak cari kepala paip untuk hantar balik ke surau itu ketika itu... kesihan betul!
Selepas solat asar saya terus ke pekan Manong untuk membeli kepala paip yang baru bagi menggantikan kepala paip yang kena curi itu. Saya bercadang untuk membeli kepala paip plastik sahaja dan tak mahu lagi kepala paip tembaga. Nanti kena curi lagi. Sesampai di kedai hardware itu, saya bertemu dengan En Khairi bendahari masjid Jeliang. Dia juga sedang membeli kepala paip. Katanya di masjid Jeliang juga sebanyak 4 kepala paip tempat wuduk wanita telah dicuri sebentar tadi. Ini bermakna, semacam ada "op curi kepala paip" telah dilakukan oleh si pencuri tersebut.
Sekali fikir, malu sungguh rasanya anak bangsa saya masih berperangai macam itu... Orang lain dah maju entah ke mana... dia masih lagi buat kerja mencuri... mencuri pulak hak orang ramai, hak masjid (rumah Allah). Kalau betul hebat 'pergilah curi barang yang mahal-mahal' dari kepala paip... berapa duit le dapatnya.. Kalau kena tangkap, diri malu, emak bapak malu, keluarga malu... Si pencuri ini bersekolah ke tidak dulu? Kalau bersekolah, ada ke cikgu mengajar curi kepala paip ???
![]() |
| Deretan kepala paip tembaga dicuri... |
![]() |
| semua ini tempat ambil wuduk untuk para jemaah |
![]() | |||||||||
| air masih lagi meleleh keluar angkara si pencuri kepada paip... |
Ustaz Megat Radzuan Tokoh Guru Daerah Kuala Kangsar
Sempena sambutan Hari Guru 2012 peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 21 September baru-baru ini, tuan pengetua, Tn Hj Megat Radzuan bin Megat Taib telah dianugerahkan sebagai TOKOH GURU Daerah KUALA KANGSAR bagi tahun ini.
Saya dan beberapa orang guru lain telah mengiringi tuan pengetua semasa menghadiri sambutan hari guru dan menerima anugerah ini. Anugerah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis hari itu, iaitu Yang Berhormat Dato Seri Nazri bin Tan Sri Aziz di dewan SMK Tun Perak Padang Rengas. Tahniah tuan pengetua...
Almizan kini dah punya papan running text (CTLED)
Nota: Pelajar-pelajar yang hendak namanya tercatat dan berlari-lari di "papan running text" ini selama sebulan, kenalah skor straight A dalam peperiksaan awam tahun ini....
Saturday, September 22, 2012
Untuk cemerlang, mesti "Extra"
Dengan kehadiran Bulan September, demam peperiksaan kian terasa.
Pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi merancakkan ‘seram sejuk’ menghadapi peperiksaan yang bakal tiba
sebulan dua lagi. Walaupun telah lama
bersedia, namun selagi tidak tiba detik
memasuki dewan peperiksaan, selagi itulah debaran demi debaran terus menyelinap
dalam diri para pelajar.
Sikap menentukan segala-galanya.
“The difference between the ordinary and the extraordinary
is that… extra!
Extra … memilih rajin
belajar, bukannya memilih untuk malas belajar.
Extra … bertanggungjawab ke atas diri sendiri, bukannya
sibuk menyusahkan orang lain.
Extra … melihat kelemahan diri, bukannya melihat kesilapan
orang lain…
Extra… mencari jalan kejayaan, bukannya sibuk memberi
pelbagai alasan…
Extra… yakin pada
kemampuan diri sendiri, bukannya takut pada baying sendiri….
Extra… mencari
sahabat positif dan berusaha menjauhi
rakan yang negative…
Untuk mendapatkan satu perkara yang BESAR, saya mesti
korbankan banyak perkara yang kecil….
Tuesday, September 11, 2012
Monday, September 10, 2012
Program Jalinan Kasih Tautan Ukhwah Dan Jamuan Hari Raya
Pada 8 September 2012, telah diadakan program Jalinan Kasih
Tautan Ukhwah dan sambutan Hari Raya peringkat sekolah ini. Program ini bertujuan menyemarakkan
unsur-unsur kerjasama dan muafakat di kalangan warga sekolah (guru, staf
sokongan dan para pelajar) di samping mengadakan jamuan hari raya aidilfitri
secara bergotong royong.
Banyak unsur –unsur muafakat dan persaudaraan sesama warga
almizan telah dapat digarap sepanjang program sehari tersebut.
Antaranya gotong royong menyediakan nasi impit, rendang
ayam, rendang daging, kuah laksa dan
perencah laksa yang dilaksanakan oleh kumpulan guru dan pelajar. Setengah kerja tersebut telah dimulai sejak
malam hari lagi. Manakala proses
mengagih dan menghidangkan makanan lain seperti memotong lemang, mengagih satay, nasi impit, kuah kacang serta
minuman juga dijalankan dengan secara bekerjasama dengan amat baik sekali.
Semasa proses penyediaan dijalankan, berbagai acara lain
turut dijalankan seperti menyiarkan lagu-lagu berunsur dakwah dan lagu-lagu hari
raya serta acara cabutan bertuah juga
diadakan.
Daripada
gambar-gambar perjalanan majlis tersebut, tidak dapat disangkal lagi, program
ini telah berjaya mencapai objektifnya…. Tahniah dan terima kasih kepada semua
warga SMA Maahad Al Mizan….
![]() |
| Kerja berat jadi ringan dengan bekerja bersama-sama... |
![]() |
| Tak empok lagi ustaz... kacau lagi... |
![]() |
| Apasal nak nangis ni... tak biasa buat kerja potong bawang kot! |
![]() |
| Basuh sehingga suci... |
![]() |
| Alamak...panas betul..tak boleh dekat! |
![]() |
| Dah siap di masukkan dalam bekas... kejap lagi akan diedarkan |
![]() |
| Sabar, sabar ... tunggu arahan cikgu dulu |
![]() |
| Ha sekarang dah boleh... |
![]() |
| Hmm sedapnya....Ambil dua boleh tak! |
![]() |
| Mari... mari.. |
![]() |
| Dah ambil, mari cari tempat makan yang sesuai.. |
![]() |
| Kami nak yang keruh, bukan yang jernih... mengambil kuah laksa.. |
![]() |
| Kalau dapat ambil banyak, kan best! |
![]() |
| Tak payah pilih-pilih....serupa saje.. |
![]() | |||||||
| Cikgu-cikgu dan kaki tangan sokongan .... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)




+-+Copy.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)