Thursday, August 23, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Cucu Pandak Leman
Tarikh : 2 Syawal 1433 H bersamaan 20 Ogos 2012 (Hari Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan Rumah Cikgu Fairuzzabadi dan Puan Suzilawati
Semua Cucu Hj Pandak Leman dan keluarga masing-masing dijemput hadir.... Ingat temu janji kita!!
Monday, August 13, 2012
Mencari malam Al Qadar
Berikut saya kongsikan artikel ringkas dari Artikel iluvislam.com (mohon izin….)
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan
muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini
sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia,
Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di
seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam
tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000
bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk
mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya,
beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T
sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu,
berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah
diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan,
kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar
mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata;
tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa di mana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia
ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T
dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi
harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang
sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf,
siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid
tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak
berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara
berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan
dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak
dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya
dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments
dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket
balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti
dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau
menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai
orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan
pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing.
Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu
mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di
bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan
dan selamat dari api neraka.
Amin.
Atlet berpuasa tetap menang emas Olimpik
Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, walaupun hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”.
LONDON - Mo Farah menciptakan sejarah baru sebaik mampu menamatkan larian di tempat pertama marathon 10 ribu meter lelaki. Pelari keturunan Somalia itu meraih pingat emas dengan catatan masa 27 minit 30,42 saat. Sementara pingat perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan pingat gangsa diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia.
Puluhan ribu penonton yang memenuhi Stadium Olympic, London, bersorak- menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut.
Pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Britan di peringkat Olimpik. Dia mengungguli dua atlet Britan sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang mendapat pingat perak Olimpik 1984 dan 1988.
Giliran Tazkirah
Syukur ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan kita menjalani
ibadat puasa pada tahun ini. Pada giliran saya petang ini, saya ingin membawa renungan kita mengenai ibadat puasa yang kita lakukan
di zaman ini berbanding dengan ibadat
puasa yang telah dialami oleh para Sahabat Rasulullah di zaman kegemilangan
Islam dahulu.
Ada pendapat setengah-setengah orang yang salah yang mengatakan apabila sampai bulan puasa, kita
mesti menumpukan kepada ibadat tersebut secara khusus dan meninggalkan aktiviti
harian yang biasanya dibuat pada hari-hari lain di bulan-bulan selain Ramadhan. Menurut mereka, kita tidak perlu melakukan
perkara lain selain puasa, solat,
mengaji al Quran dan membuat sedeqah jariah.
Sedangkan jika kita lihat catatan sejarah, Rasullah dan para
sahabat melakukan berbagai perkara malahan beberapa peperangan juga berlaku di
bulan puasa. Bayangkan berperang di padang pasir yang panas terik. Namun
dilakukan juga demi perjuangan untuk menyebarkan agama Allah SAW dan
meninggikan syiar Islam.
Pertama: Perang Badar
Tarikh perang Badar adalah 17 Ramadhan 2Hijrah.
Nombor yang sentiasa diingati adalah 313 (bilangan tentera
Islam) yang menentang 1000 tentera Quraisy.
Suasana perang yang dahsyat itu berlaku ketika para sahabat
sedang berlapar puasa.
berperang bukan macam lawan bola. kalau main kasar ada
pengadil, bila penat ada player lain boleh ganti. Peperangan atas dasar
Aqidah ini meletakkan tengkuk di hujung pedang, pelaburannya adalah nyawa.
Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan
Rasulullah berdoa kepada Allah SWT sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya
Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya
Tuhanku! Jika Jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan
menyembah-Mu di bumi ini."
Dengan pertolongan Allah SWT Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya telah berjaya mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish.
Kedua : Perang Khandak .
Pada bulan Ramadan tahun 5H pula, Rasulullah SAW dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling kota Madinah. Masa itu tidak ada “back-ho” macam sekarang. Semua dilakukan dengan tangan. Mengorek parit seluas yang tidak memungkinkan kuda melompat, bayangkan…Taktik yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin setelah Allah SWT menurunkan bantuan-Nya berupa angit ribut menghancurkan kekuatan tentera kafir Quraish.
Nabi dan sahabat ikat batu di perut menahan lapar semasa bekerja.
Ketiga : Pembukaan Kota Mekah .
Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah SAW. keluar dari Madinah pada 10 Ramadan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka menawan¡ kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan diseksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Mekah, bahkan hasil penaklukan kota Mekah itu telah menyebabkan penduduk Mekah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama Allah SWT. Ini terkandung di dalam al-Quran.
Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah SAW. keluar dari Madinah pada 10 Ramadan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka menawan¡ kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan diseksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Mekah, bahkan hasil penaklukan kota Mekah itu telah menyebabkan penduduk Mekah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama Allah SWT. Ini terkandung di dalam al-Quran.
Keempat : Tentera Islam mendarat di Pantai Andalusia
(Sepanyol).
Pada bulan Ramadan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick.
Pada bulan Ramadan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick.
Kisah Thariq -
setelah armada tempornya sampai – dia berucap “ Kita datang ke sini tidak
untuk kembali… kita hanya ada dua pilihan, menakluk negeri ini dan
mengembangkan Islam atau kita shahid!
Tentera Thariq 7,000 orang lwn 100,000 org (7 lwn 100)
Kelima : Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera salib di
Baitul Maqdis.
Pada Ramadan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat.
Kesimpulannya, Para pejuang Islam melakukan perkara besar di bulan Ramadhan sama seperti di bulan-bulan lain. Kita bagaimana? Malunya. Bila sampai giliran kita untuk melakar sejarah… macam Thariq bin Ziyad.?
Pada Ramadan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat.
Kesimpulannya, Para pejuang Islam melakukan perkara besar di bulan Ramadhan sama seperti di bulan-bulan lain. Kita bagaimana? Malunya. Bila sampai giliran kita untuk melakar sejarah… macam Thariq bin Ziyad.?
Jihad kita cumalah jihad melawan nafsu tidur. Perang
kita mungkin cuma memerangi nafsu yang nak makan macam-macam ketika berbuka. Kejayaan kita mungkin berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran jer di bulan
ramadhan ini. ..Oh, malunya. Sekadar itu sahajakah jihad kita?
Semoga kita mendapat keampunan dari Allah SWT jua.
Wednesday, August 8, 2012
Risalah Ramadhan 1433 Bil 2 (SPI JPN Perak)
AZAM
DI BULAN RAMADHAN
1.
Khatam Al_Quran
2.
Taubat Nasuha
3.
Melakukan amalan Soleh dengan Is-tiqamah
4.
Memperbanyakkan amalan kebaikan
5.
Memperbaiki akhlak dan pekerti dengan orang lain
6.
Menyampaikan dakwah Islam
7.
Mempertingkatkan ibadah dan meran-cang apa yang perlu dilakukan untuk ibadah
tersebu
AMALAN
SUNAT DI BULAN RAMADHAN
1
. Keutamaan sahur dan men-takhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya
fajar
2
. Segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka
3
. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka .
4.
Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa .
5.
Bersiwak atau menggosok gigi .
6.
Bermurah hati dan banyak menderma .
7.
Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran .
8.
Memberi makan untuk berbuka puasa .
9.
Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
10.
Giat beribadah pada 10 hari ter-
akhir
Ramadhan
PERKARA
YANG PERLU DIELAK SEMASA BERPUASA
1..
Meninggalkan perkara-perkara mazmumah 2. Meninggalkan perbuatan yang lagha
(sia-sia)
3.
Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk per-cakapan bohong.
4.
Meludah di masjid
5.
Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit
berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.
6.
Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula ber-wangian.
7.
Tidur semula selepas sahur
8.
Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya
PERISTIWA-PERISTIWA
PENTING DI BULAN RAMADHAN
1.
PERISTIWA BADAR
Pada
hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah ber lakunya perang pertama dalam Islam
yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang
terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik
dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
2
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa
ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku
apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan
orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh
memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua
pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu
pihak lain ber-perang.
3
Panglima Tariq B Ziad berjaya mengalahkan tentera Roderick pada bulan Ramadhan
tahun ke 92 hijrah yang membawa kepada pembukaan Andalusia( Sepanyol)
4
Penurunan kitab-kitab Samawi :
Suhuf Nabi Ibrahim– Awal Ramadhan
Kitab Taurat Nabi Musa– 6 Ramadhan
Kitab Injil Nabi Isa—13 Ramadhan
Kitab Al-Quran– 17 Ramadhan
Risalah Ramadhan 1433 Bil 1 (SPI JPN Perak)
SEJARAH PUASA
Awal
turunnya kewajiban shaum Ramadhan adalah pada bulan Sya’ban tahun kedua
Hijriyah, atas dasar ini para ulama berijma’ bahwa Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasal-lam menunaikan ibadah shaum Ramadhan selama hidup-nya sebanyak
sembilan kali.
DALIL PUASA
Firman
Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagai-mana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183).
Hadis
riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim dari-pada Sahl bin Sa’d. yang maknanya:
“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, di mana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat
dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka
bangun dan masuk melalu-inya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain
ber-hak memasukinya”.
KELEBIHAN BERPUASA
1.
Puasa itu adalah perisai. Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai dari
api neraka. Barangsiapa yang mahu terdinding dirinya daripada api neraka, maka
hendaklah ia berpuasa.
2.
Menghalang seseorang manusia daripada perla-kuan negatif.
3.
Menghiasi diri dengan sifat sabar.
4.
Bau mulut orang yang berpuasa sebenarnya di sisi Allah ianya amat wangi dan
harum bahkan baunya adalah lebih wangi dari bauan kasturi
5.
Puasa itu amat besar pahalanya yang akan diberi oleh Allah. Pernyataan Allah di
dalam hadith me-lalui lisan nabiNya “dan puasa itu bagiKu dan Aku-lah yang akan
membalasnya”
6.
Kebajikan dan pahala kurniaan Allah di dalam bu-lan puasa akan dilipatgandakan
olehNya dengan 10 kali ganda. Gandaan ini merangkumi segala amalan-amalan sunat
dan kebajikan lain seperti sedekah, bacaan al-Quran, zikir, iktikaf dan
sebagainya.
SOAL JAWAB PUASA
Soalan
1: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam ber-puasa dengan benda basah atau
kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam
masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah
tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
Soalan
2: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa mema-sukkan air ke dalam hidung
ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh
kerana berjimak di malam sebe-lumnya, kita dikehendakki meratakan air ke
seluruh kulit. Bagaimana kita hendak merata-kan air ke dalam cuping telinga?
Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?
Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika ber-wuduk pada bulan Ramadhan tidaklah
mem-batalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke
dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga
dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidak-lah sampai
memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)







