Thursday, February 14, 2013
Mengapa Membuli ...
Mengapa Membuli?
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan niat untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Dengan itu, mereka yang lemah terpaksa mematuhi dan mengikuti kehendak mereka yang kuat. Maksud sebenar buli ialah tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental yang dilakukan berulang kali ke atas mangsa dengan niat untuk mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Tegasnya, buli ialah satu perbuatan yang tidak wajar dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.
Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan.
Biasanya tiga pihak akan terbabit: kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang membuli, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang menjadi mangsa buli dan kanak-kanak lain yang kadangkala menyaksikan proses buli itu berlaku.
Buli boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Buli fizikal
* Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
* Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental
* Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar lain.
Apa pun, semua kerja membuli itu BERDOSA !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment