Seorang pembantu
rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya
melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam
menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis
Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur
42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.
Katanya, perbuatan
pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi
komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45
pagi.
“Majikannya melihat
perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat
sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Katanya, peniaga itu
bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan
cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Wanita itu kini
ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya
No comments:
Post a Comment