Kelmarin telah bermulalah peperiksaan percubaan PMR untuk tahun ini. Peperiksaan ini selaras untuk semua sekolah menengah di negeri Perak. Rasanya bukan pelajar ting. 3 sahaja yang ternanti-nanti keputusan peperiksaan percubaan tersebut, malah semua guru-guru dan pegawai-pegawai di JPN dan PPD juga menantinya dengan penuh debar.
Mana tidaknya, setelah pelbagai usaha ‘sense of egency’ dilaksanakan, maka harapan warga pendidik di negeri Perak mengharapkan suatu keputusan yang ‘luar jangka’ akan berlaku dalam peperiksaan percubaan kali ini. Jika pencapaiannya menggalakkan, maka sasaran ‘top 3’ pencapaian PMR negeri Perak di peringkat kebangsaan nanti mungkin akan menjadi mudah, sebaliknya jika pencapaiannya masih di takok lama, maka usaha dan doa perlu ditingkatkan menjelang tarikh peperiksaan PMR sebenar.
Sekolah saya seperti sekolah-sekolah lain meletakkan sasaran yang tinggi yang ‘wajib’ dicapai oleh calon-calonnya. Banyak usaha telah dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti slot motivasi, ulangkaji intensif, modul menjawab soalan semasa cuti penggal, perkongsian pintar dengan UPT, seminar teknik menjawab dan sebagainya. Selepas peperiksaan percubaan ini pula pihak sekolah merancang ‘ program pecutan akhir’ dengan aktiviti latihtubi oleh ‘teacher support team’ dan menggunakan jadual waktu anjal. Semoga sasaran pencapaian sekolah ini akan tercapai, insya-Allah!
Hari pertama peperiksaan percubaan, pelajar tingkatan 3 menjawab dengan serius…
Banner yang digantung ini mengingatkan pelajar tingkatan 3, sasaran pihak sekolah… bukan main-main, lihat peratus keseluruhan yang nak dicapai, … 100% !!!
No comments:
Post a Comment