Sunday, February 17, 2013

Jahat betul pembantu rumah ini.....






Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.
Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.
“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya


Thursday, February 14, 2013

Menghadiri Sambutan Maulidurrasul peringkat KPM


Pada 8 Februari 2013, mewakili pengetua menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.  Pada tahun ini, negeri Perak telah menjadi tuan rumah dan program itu telah diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.

Majlis bermula dengan perarakan membawa sepandok oleh kontijen-kontigen institusi KPM di negeri Perak. Setiap daerah di Perak diwakili oleh murid sekolah rendah, murid sekolah menengah dan kontigen pegawai/guru.

Ceramah maulidur rasul disampaikan oleh Tn Hj Elias Zakaria. Terdapat juga berzanji oleh guru-guru daerah LMS, ucapan-ucapan oleh KSU dan Pengarah BPI  serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sayembara peringkat KPM yang telah diadakan.











Pendaftaran murid pertama di madrasah tahfiz PPAR


Pendaftaran murid pertama Madrasah Tahfiz at-Takamuli, Pusat Pengajian Pondok Ar-Ridzuan pada 3 Februari 2013.









Ke hadapan ayahanda dan bonda ....


Selepas diberi motivasi dan semangat oleh motivator dan juga pihak sekolah, sampailah masa semua pelajar ting. 3  dan ting. 5 menulis akujanji mereka kepada ibubapa / penjaga.

Susah juga menulis surat kepada emak ayah ini.... Nak berjanji pulak tu...    


Tulis aje le... cikgu tak akan pos surat ni...  dia acah je kot... 

Harap-harap emak percaya kepada janji aku ini...  InsyaAllah aku akan buktikan menjadi anak emak yang pertama dapat straight A's 

Satu lagi bonda,  kalau boleh selalulah datang ke asrama ni,  oh ye... jangan lupa bawa KFC.... 

Sekian, salam manis dari anakanda yang jauh....





Pemberian BKAP peringkat Almizan