Sunday, September 2, 2012

Setinggi Penghargaan dan Terima Kasih



Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua adik beradik, sanak saudara, rakan-rakan taulan dan semua jemputan yang telah dapat hadir ke rumah saya pada 25 Ogos 2012 yang lepas bagi meraikan majlis walimatul urus anak saya. Budi baik dan kerjasama tuan-puan semua amat saya hargai dan tak dapatlah saya membalasnya....



Adik beradik dan sanak saudara bergotong royong membuat persiapan majlis kenduri...

Petang Jumaat 24 Ogos 2012, seramai empat pasangan pengantin diijab qabulkan di Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang....  Menurut orang kampung ini satu rekod!

Selepas majlis akad nikah, pasangan pengantin datang ke rumah, berjumpa dan berkenalan dengan sanak saudara...

Majlis kenduri dihadiri sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan

Tetamu dipersilakan menikmati jamuan yang disediakan...

Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kenduri saya ini....

Sebahagian hadirin sedang menjamu selera....

Sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Islamik oleh DJ yang didatangkan khas...

Pelajar-pelajar al Mizan turut meramaikan kahadiran majlis kenduri ini....

Sekalung penghargaan kepada Tuan PPD Kuala Kangsar yang turut hadir...

Rombongan pengantin sampai kira-kira jam 2.30 petang....

Kumpulan kompang dari Kampung Jeliang memeriahkan kedatangan "raja sehari"....

Si kembar itu juga turut hadir....

Terima kasih kerana sudi hadir...

Sanak saudara bergambar dengan pengantin di dalam rumah....

Berkumpul beramai-ramai pada sebelah malam....  anak-anak kecil paling gembira...

Makan kek dan menyaksikan majlis 'buka hadiah'  .......

Terima Kasih daripada Kami Sekeluarga....







Tuesday, August 28, 2012

Perjumpaan Hari Raya Cucu Pandak Leman Meriah


Perjumpaan Hari Raya Keluarga Cucu Pandak Leman yang diadakan pada 2 Syawal yang lalu telah berlangsung dengan begitu meriah. Seramai 172 orang ahli keluarga cucu-cucu almarhum Tn Hj Pandak Leman telah hadir pada hari Isnin bersamaan 20 Ogos 2012 tersebut.  Berikut sebahagian gambar kenangan majlis Perjumpaan Hari Raya itu......




Majlis dimulai dengan bacaan Tahlil dan doa ke hadrat Allah SWT

Masing-masing khusuk mendoakan kesejahteraan ahli keluarga yang telah kembali ke RahmatuLlah

Time yang ditunggu-tunggu menikmati jamuan raya..

Sabo- sabo.... semua akan dapat !

Acara menyampaikan duit raya kepada anak-anak kecil

Mesti ada menarik di depan tu...

Yang datang dari Kuala Lumpur ni minta maaf kerana terlewat sikit.....
Sekarang masa untuk bergambar mengikut keluarga masing-masing
Okey ready....

Susun dulu cantik-cantik.....





Tuesday, August 14, 2012

Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Cucu Pandak Leman


Tarikh : 2 Syawal 1433 H bersamaan 20 Ogos 2012 (Hari Isnin)
Masa  :  10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan Rumah Cikgu Fairuzzabadi dan Puan Suzilawati
Semua Cucu Hj Pandak Leman dan keluarga masing-masing dijemput hadir....  Ingat temu janji kita!!






Monday, August 13, 2012

Mencari malam Al Qadar




Berikut saya kongsikan artikel ringkas dari Artikel iluvislam.com (mohon izin….)

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa di mana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. 
Amin.