Sunday, September 23, 2012

Ustaz Megat Radzuan Tokoh Guru Daerah Kuala Kangsar


Sempena sambutan Hari Guru 2012 peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 21 September baru-baru ini, tuan pengetua, Tn Hj Megat Radzuan bin Megat Taib telah dianugerahkan sebagai TOKOH GURU Daerah KUALA KANGSAR bagi tahun ini.

Saya dan beberapa orang guru lain telah mengiringi tuan pengetua semasa menghadiri sambutan hari guru dan menerima anugerah ini.  Anugerah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis hari itu, iaitu Yang Berhormat Dato Seri Nazri bin Tan Sri Aziz di dewan SMK Tun Perak Padang Rengas.  Tahniah tuan pengetua...









Almizan kini dah punya papan running text (CTLED)











Nota:   Pelajar-pelajar yang hendak namanya tercatat dan berlari-lari di "papan running text" ini selama sebulan, kenalah skor straight A dalam peperiksaan awam tahun ini....




Saturday, September 22, 2012

Untuk cemerlang, mesti "Extra"


Dengan kehadiran Bulan September,  demam peperiksaan kian  terasa.   Pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi merancakkan ‘seram sejuk’  menghadapi peperiksaan yang bakal tiba sebulan dua lagi.  Walaupun telah lama bersedia, namun selagi  tidak tiba detik memasuki dewan peperiksaan, selagi itulah debaran demi debaran terus menyelinap dalam diri  para pelajar.
Sikap menentukan segala-galanya.
“The difference between the ordinary and the extraordinary is that… extra!
Extra …  memilih rajin belajar, bukannya memilih untuk malas belajar.
Extra … bertanggungjawab ke atas diri sendiri, bukannya sibuk menyusahkan orang lain.
Extra … melihat kelemahan diri, bukannya melihat kesilapan orang lain…
Extra… mencari jalan kejayaan, bukannya sibuk memberi pelbagai alasan…
Extra…  yakin pada kemampuan diri sendiri, bukannya takut pada baying sendiri….
Extra…  mencari sahabat positif  dan berusaha menjauhi rakan yang negative…
Untuk mendapatkan satu perkara yang BESAR, saya mesti korbankan banyak perkara yang kecil….








Monday, September 10, 2012

Program Jalinan Kasih Tautan Ukhwah Dan Jamuan Hari Raya



Pada 8 September 2012, telah diadakan program Jalinan Kasih Tautan Ukhwah dan sambutan Hari Raya peringkat sekolah ini.  Program ini bertujuan menyemarakkan unsur-unsur kerjasama dan muafakat di kalangan warga sekolah (guru, staf sokongan dan para pelajar) di samping mengadakan jamuan hari raya aidilfitri secara bergotong royong.
Banyak unsur –unsur muafakat dan persaudaraan sesama warga almizan telah dapat digarap sepanjang program sehari tersebut.
Antaranya gotong royong menyediakan nasi impit, rendang ayam, rendang daging, kuah laksa dan  perencah laksa yang dilaksanakan oleh kumpulan guru dan pelajar.  Setengah kerja tersebut telah dimulai sejak malam hari lagi.  Manakala proses mengagih dan menghidangkan makanan lain seperti memotong lemang,  mengagih satay, nasi impit, kuah kacang serta minuman juga dijalankan dengan secara bekerjasama dengan amat baik sekali.
Semasa proses penyediaan dijalankan, berbagai acara lain turut dijalankan seperti menyiarkan lagu-lagu berunsur dakwah dan lagu-lagu hari raya serta  acara cabutan bertuah juga diadakan.  
Daripada gambar-gambar perjalanan majlis tersebut, tidak dapat disangkal lagi, program ini telah berjaya mencapai objektifnya…. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMA Maahad Al Mizan….


Kerja berat jadi ringan dengan bekerja bersama-sama...

Tak empok lagi ustaz... kacau lagi...

Apasal nak nangis ni... tak biasa buat kerja potong bawang kot!

Basuh sehingga suci...

Alamak...panas betul..tak boleh dekat!

Dah siap di masukkan dalam bekas... kejap lagi akan diedarkan

Sabar, sabar ... tunggu arahan cikgu dulu

Ha sekarang dah boleh...

Hmm sedapnya....Ambil dua boleh tak!

Mari... mari..

Dah ambil, mari cari tempat makan yang sesuai..

Kami nak yang keruh, bukan yang jernih... mengambil kuah laksa..

Kalau dapat ambil banyak, kan best!

Tak payah pilih-pilih....serupa saje..

Cikgu-cikgu dan kaki tangan sokongan ....








Pelancaran Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah










Sunday, September 2, 2012

Setinggi Penghargaan dan Terima Kasih



Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua adik beradik, sanak saudara, rakan-rakan taulan dan semua jemputan yang telah dapat hadir ke rumah saya pada 25 Ogos 2012 yang lepas bagi meraikan majlis walimatul urus anak saya. Budi baik dan kerjasama tuan-puan semua amat saya hargai dan tak dapatlah saya membalasnya....



Adik beradik dan sanak saudara bergotong royong membuat persiapan majlis kenduri...

Petang Jumaat 24 Ogos 2012, seramai empat pasangan pengantin diijab qabulkan di Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang....  Menurut orang kampung ini satu rekod!

Selepas majlis akad nikah, pasangan pengantin datang ke rumah, berjumpa dan berkenalan dengan sanak saudara...

Majlis kenduri dihadiri sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan

Tetamu dipersilakan menikmati jamuan yang disediakan...

Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kenduri saya ini....

Sebahagian hadirin sedang menjamu selera....

Sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Islamik oleh DJ yang didatangkan khas...

Pelajar-pelajar al Mizan turut meramaikan kahadiran majlis kenduri ini....

Sekalung penghargaan kepada Tuan PPD Kuala Kangsar yang turut hadir...

Rombongan pengantin sampai kira-kira jam 2.30 petang....

Kumpulan kompang dari Kampung Jeliang memeriahkan kedatangan "raja sehari"....

Si kembar itu juga turut hadir....

Terima kasih kerana sudi hadir...

Sanak saudara bergambar dengan pengantin di dalam rumah....

Berkumpul beramai-ramai pada sebelah malam....  anak-anak kecil paling gembira...

Makan kek dan menyaksikan majlis 'buka hadiah'  .......

Terima Kasih daripada Kami Sekeluarga....